Tuesday, January 18, 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

  • Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

  • Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  • Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

  • Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  • Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  • Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati.
  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  • Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  • Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  • Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  • Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  • Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  • Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  • Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  • Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  • Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  • Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  • Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  • Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  • Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  • Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
  • Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  • Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung.

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

~~~~krD fOr cIk2 gOogLe~~~~