Thursday, December 27, 2012

Ulangtahun kelahiran penuh bermakna

today is my birthday



Alhamdulillah..hari nie genap lah usia aku 25Tahun...tahun nie jatuh pada penghulu segala hari,
bersyukur sangat masih diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang baik..moga terus mendapat
keredhaan Allah.swt.

Pagi tadi bangun pg terus dapat kiss kat dahi dgn doa sakali dari hubby tersayang,kata nye semalam aku nie tido awal sgt..so die nak kejut untuk wish pun x sanggup,tambah2 sejak  mengandung nie memang aku cepat jer penat...Walaupun tahun nie xda hadiah dari my hubby x per lah..sbb dah banyak persiapan kami lakukan untuk menyambut kehadiran cinta hati kami..tue adalah hadiah terbaik untuk kami..:)

MOga aku kan terus diberi kesihatan yang baik...
moga akan dapat menjadi mama yang baik untuk cinta hati kami..
moga aku kan dapat terus menjadi isteri yang terbaik untuk MOHD ANUWAR..
Moga kebahagian terus menjadi milik KAMI:)



Thursday, November 29, 2012

Kopratasa - Permata Untuk Isteri




p/s : Sweet sgt lagu nie..dua tiga hari nie dok layan lagu nie jer....
hargailah seorang wanita sebagai isteri :)

Monday, October 29, 2012

wet world

Hari raya kedua kami dah sampai ke sini,nie planning last minute dh pun..so kita pi yang dekat2 jer yer..yang jauh skt tggu hujung bulan nie,tue pun insaallah kalau aku di beri kesihatan yang baik,maklum lah bila dah nak  masuk bulan ke tujuh nie,macam2 masalah lah plak muncul nye... apa pun jom layan gambar...

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
Bertolak sekitar jam 10pg, maklum lah kalau time cuti,janji kol 9 pg,.sure lewat sejam dua nye,..sayang nak tgall tilam gak nye masing2...apa pun perjalanan dr umah mak kat puchong hanya lah mengambil masa stengah jam..tiket pun x da lah mahal sgt..rm20 utk seorang dan oku rm10..(tue azim jer lah yg dapat)..
so hrga ok lah yang bajer ciput mcm aku nie..hehehhe..
Apu pun kepuasan masa bersama keluarga tue yg penting...:)


Friday, October 19, 2012

Moga Selamat






"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuha selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin..."


Nikmat yang terindah dalam hidup..
Nikmat yang tak akan dilupa sepanjang hidup..
Nikmat yang mampu buat kami berdua tersenyum...
Nikmat yang membuatkan kami tak sabar...

Apapun moga semua selamat sampai keakhirnye..




p/s : Sekarang dah mula rase pergerakan baby :)

Gambar xda kene mgena dgn tulis..just skrg suke tgok gmbar2 baby..:)







Wednesday, October 10, 2012

Muara Hati


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


moga cinta kita kekal selama2 nye..:)

1.Sekarang suke dengar lagu nie,..
2. Gambar x da kene mgena yer..sje je nak tepek muka ore aku syg nie...

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Sedar tak sedar kita sudah di akhir ramadan,alhamdulillah moga ramadan akan datang akan terus kita nikmati..:)

Persiapan raya semua dah settle,just balik kerja petang nie kemas masuk beg jer..:)


Esok pg tolak balik kelante,moga perjalanan semua berjalan dengan lancar..:)


p/s : Selamat hari raya di ucapkan kepada semua,mohon maaf andai ada tersalah bahasa..:)

Thursday, August 9, 2012

Iklan Hari raya




*** iklan nie aku tengok pagi td..meleleh air mata..
klu boleh nak lari blk kg jmp ma abah, skrg gak..
tp nmpak nye..kene lah redha,first beraya kat sini..:(

Thursday, July 26, 2012

colek buah dengan nekbat

Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak masuk seminggu kita umat islam berpuasa..
alhamduliilah aku still boleh berpuasa secara terus setakat hari nie,moga hari2
berikut nye aku still diberi kesihatan yang baik..
Puasa kali ini agak berlainan dari tahun sbelum ini apabila nafsu aku kepda mkanan
agak berkurangan..hari2 balik kerja singah pasar ramadan tapi alih2 balik kosong gak,
sebab nye tak tahu nak makan apa,sebenarnye apa yang nak makan ttak ada kat sini,


Colek kelate,.nie yang nak makan sangat,tapi kat sini bukan ada pun,last2 semalam beli je belimbing
makan dengan kicap je..

Nekbat,nie lagi satu aku nak makan sangat2..hari2 g pasar ramadan cari benda nie, tapi x pernah
jumpa lagi..waaaaa..:( percaya atau tidak sebenarnye aku tak pernah nak makan kuih nie,tp kali nie nak gak rase..x kira nmpak nye kene balik kelate cepat skt,nak kene g cari kat pasar ramadan sana,sure ada..hihi:)

p/s: sekarang menghitung hari nak balik kg je keje aku...cpt lah siang,cepat lah malam..aku mau pulang..:)

Thursday, July 19, 2012

salam ramadan

Sedar tak sedar esok umat islam akan mula berpuasa sebulan,masa berlalu begitu cepat dari semasa ke semasa,..alhamdulillah aku masih di panjangkan umur untuk menjalani ibadat puasa dan sebagai seorang isteri untuk tahun ke dua perkhawinan kami,moga semua nye lebih baik dari tahun2 sebelum ini..


Di bawah ini sedikat amalan dan tip untuk di jadikan panduan bagi kita semua yang bakal berpuasa esok hari..trm ksh pak google..semoga menjadi panduan untuk kita semua.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
 p/s : selamat menyambut ramadan al-mubarak kepada semua..:)jalani lah dengan hati yang ikhlas,insaallah kt akan mendapat keberkatan dari NYA.

Thursday, July 12, 2012

kenangan dulo-dulo


Tiba2 pagi nie rase rindu plak zaman belajar dulu..nie semua gmbar masa belajar,klu nak masukkan memang banyak sebab kitorg dulu pantang nampak kemera,mula lah perasan mcm model..hihi..

masa nie kat penang,dr kedah otw nak blk ipoh,singah sini jap..

nie plk masa raya tahun last kami kat sini,kolej bg peluang pakai baju  raya  lah konon nye
coz sblum nie pakai unifon jer kan,tp yg  semangat nye ktorg jer..hahahha

yg nie masa partikal kat rawang..ya allah kawasan die mmg cantik dgn ada  tasik .dgn teratai...

hahahaha..yg nie aku sbenarnya di paksa pergi oleh si ayu nie,konon nye teman die lah..tp yg sure mmg enjoy sgt3..apa x nye,jap lari jap jalan kaki mcm g shoping tue,tmbah2 bila lalu depan bukit bintang tue...

antara partikal,kat sini aku rase paling best,maybe sbb jmp kanak2 kot..nie dekat yayasan sultan idris syah,ipoh

hari2 terakhir di sini,kami wak program sendiri,so nie masa nak g bukit broga,semenyih..nie kol 5 pg k..tue yg gelap lg..
tp kenangan nie btol3 tggal kesan,apa x nye bila g semnyih jer,lalu sini...



***apa pun masa lampau kita tak boleh diulang kembali,apa yg mendatang di hadapan nie kene teruskan,moga kami semua di beri kehidupan yang baik,

Monday, June 4, 2012

Ciri-ciri Wanita Solehah

1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”. -Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

p/s..: Di ambil dari blog homefamilysite.com..terima kasih..
utk di jadikan perigatan sesama kita..kita dijadikan sebagai wanita,secara azali..namun utk menjadi wanita solehah bergantung kepada diri sendiri.

Thursday, March 15, 2012

waduh2

Sedar tak sedar dah pertengahan bulan 3..macam2 yang berlaku dalam 3 bulan pertama untuk tahun 2012..aku dah mula keje walaupun bukan dalam bidang aku belajar masa di kolej dulu..atleast aku dah x menganggur kat rumah dan tak tambah lagi lemak2 yang memamg dah bertambah nie,..dan yang paling suka bila aku kerja nie siapa lagi klu bukan romemate aku apa tak nye sebelum 10 mlm aku dah lena tido tak da dah nak ganggu die tido bila aku yang x dapat nak tido..hehehhehe..lagi satu boleh lah die keje dgn tenang tanpa gangguan sms or call dr aku suruh die blk sebab dah bosan duduk rumah seorang..sekarang die pula yang aku tengok dah bosan apa tak nye aku nie selagi x pukul 7 x da nye nak balik umah konon2 nye keje banyak kat ofis,padahal duduk on9..hahhahha..dah tue x da plak orang nak teman die tgok cerita malam2..apa pun aku harap semua nye lebih baik dari yang sebelum nie..moga kehidupan kami lebih dari yang sebelum nie,...:)

Friday, January 13, 2012

Salam tahun baru

Sedar tak sedar dah masuk tengah bulan january..hmmmm tahun baru moga lebih baek dari tahun sebelum nye..insaallah..hadiah paling bermakna untuk tahun baru ini , rezeki tak ternilai apabila aku di sahkan mengandung untuk kali k2 ,harap2 kandungan kali ini selamat,.masih aku ingat wajah gembira suami tersayang bila dapat tahu berita ini,..aku janji untuk kali ini segala yang terbaik akan aku berikan..moga aku diberi kesihatan yang baik sepanjang mengandung ini...amin..:)