Di bawah ini sedikat amalan dan tip untuk di jadikan panduan bagi kita semua yang bakal berpuasa esok hari..trm ksh pak google..semoga menjadi panduan untuk kita semua.
1. Keutamaan Sahur Dan
Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari
Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat
barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari
Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada
seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:
“Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli
Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari
Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka
puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari
Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum
solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu
‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak
tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam
meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang
berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan
oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang
yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang
teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara
yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam
bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di
antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah
bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak
berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR
Bukhari & Muslim)
Abu
Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan
perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan
minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok
gigi.
Amir
bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak
dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak
dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu
Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan
bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak
menderma.
Dari
Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol
pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya
pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari
angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan
membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith
Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca
al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan,
hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila
tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan
menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni
mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk
mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk
berbuka puasa.
Dari
Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang
yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu
dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At
Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan
solat sunnat (solat Tarawih)
Dari
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan
Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka
akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10
hari terakhir Ramadhan
Aisyah
radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam,
dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari
& Muslim)
11. Beriktikaf pada 10
terakhir Ramadhan.
Dari
Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari &
Muslim)
Dari
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau
itu.” (HR Bukhari & Muslim)
p/s : selamat menyambut ramadan al-mubarak kepada semua..:)jalani lah dengan hati yang ikhlas,insaallah kt akan mendapat keberkatan dari NYA.
No comments:
Post a Comment