Thursday, July 26, 2012

colek buah dengan nekbat

Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak masuk seminggu kita umat islam berpuasa..
alhamduliilah aku still boleh berpuasa secara terus setakat hari nie,moga hari2
berikut nye aku still diberi kesihatan yang baik..
Puasa kali ini agak berlainan dari tahun sbelum ini apabila nafsu aku kepda mkanan
agak berkurangan..hari2 balik kerja singah pasar ramadan tapi alih2 balik kosong gak,
sebab nye tak tahu nak makan apa,sebenarnye apa yang nak makan ttak ada kat sini,


Colek kelate,.nie yang nak makan sangat,tapi kat sini bukan ada pun,last2 semalam beli je belimbing
makan dengan kicap je..

Nekbat,nie lagi satu aku nak makan sangat2..hari2 g pasar ramadan cari benda nie, tapi x pernah
jumpa lagi..waaaaa..:( percaya atau tidak sebenarnye aku tak pernah nak makan kuih nie,tp kali nie nak gak rase..x kira nmpak nye kene balik kelate cepat skt,nak kene g cari kat pasar ramadan sana,sure ada..hihi:)

p/s: sekarang menghitung hari nak balik kg je keje aku...cpt lah siang,cepat lah malam..aku mau pulang..:)

Thursday, July 19, 2012

salam ramadan

Sedar tak sedar esok umat islam akan mula berpuasa sebulan,masa berlalu begitu cepat dari semasa ke semasa,..alhamdulillah aku masih di panjangkan umur untuk menjalani ibadat puasa dan sebagai seorang isteri untuk tahun ke dua perkhawinan kami,moga semua nye lebih baik dari tahun2 sebelum ini..


Di bawah ini sedikat amalan dan tip untuk di jadikan panduan bagi kita semua yang bakal berpuasa esok hari..trm ksh pak google..semoga menjadi panduan untuk kita semua.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
 p/s : selamat menyambut ramadan al-mubarak kepada semua..:)jalani lah dengan hati yang ikhlas,insaallah kt akan mendapat keberkatan dari NYA.

Thursday, July 12, 2012

kenangan dulo-dulo


Tiba2 pagi nie rase rindu plak zaman belajar dulu..nie semua gmbar masa belajar,klu nak masukkan memang banyak sebab kitorg dulu pantang nampak kemera,mula lah perasan mcm model..hihi..

masa nie kat penang,dr kedah otw nak blk ipoh,singah sini jap..

nie plk masa raya tahun last kami kat sini,kolej bg peluang pakai baju  raya  lah konon nye
coz sblum nie pakai unifon jer kan,tp yg  semangat nye ktorg jer..hahahha

yg nie masa partikal kat rawang..ya allah kawasan die mmg cantik dgn ada  tasik .dgn teratai...

hahahaha..yg nie aku sbenarnya di paksa pergi oleh si ayu nie,konon nye teman die lah..tp yg sure mmg enjoy sgt3..apa x nye,jap lari jap jalan kaki mcm g shoping tue,tmbah2 bila lalu depan bukit bintang tue...

antara partikal,kat sini aku rase paling best,maybe sbb jmp kanak2 kot..nie dekat yayasan sultan idris syah,ipoh

hari2 terakhir di sini,kami wak program sendiri,so nie masa nak g bukit broga,semenyih..nie kol 5 pg k..tue yg gelap lg..
tp kenangan nie btol3 tggal kesan,apa x nye bila g semnyih jer,lalu sini...



***apa pun masa lampau kita tak boleh diulang kembali,apa yg mendatang di hadapan nie kene teruskan,moga kami semua di beri kehidupan yang baik,